Monday, 31 August 2009
Sunday, 30 August 2009
Wednesday, 26 August 2009
Terawikh @ Masjid Negara

Assalamualaikum...
Terlanjur ada kursus di kl ni,sempena bulan ramadhan plak, aku pun amik la kesempatan yang ada ni untuk menunaikan solat sunat terawikh di masjid negara.sj la nk rasa suasana penghayatan bulan penuh berkat ni bersama orang kl.
Lepas bbuka n solat maghrib, aku bersama 3 orang lg sahabat bgerak.even sesat smpai brickfields,smpai jg.ramai orang.nk parking pn kena p parking kt belakang skali ni.
Esok dah hr last.kiranya petang nih slot berbuka puasa last la kt hotel.hope best.aku dok tunggu juadah satey.
Hari ni, dah xdak ceramah induksi.hanya sesi bergambar dan taklimat peperiksaan esok.
okla,ngantuk.mau tdr skjap.
Monday, 24 August 2009
Menamakan Anak

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan
kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Rujukan:http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm
Saturday, 22 August 2009
Bila nak Raya ja..kira nak shopping

Salam
Adatlah orang perempuan.tak boleh dipisahkan dengan shopping.tambahan dah puasa.dah tu,kursus plak kt kl..apa lagi.dah kedengaran..esok lusa gaji (25hb)..masing2 dh plan..jalan TAR lah,SOGO lah.huhu.lucu jg la..
Hari ni hari puasa pertama di kursus induksi ni..so,termasuk mlm ni..terawikh dah 2x aku bersolat di dalam bilik seminar.niat malam nak sgt berterawikh kt masjid depan tu..xjauh.dalam 10 minit berjalan.dah siap bw wallet.tetiba ja kt lobby hotel, kawan2 seinduksi lain dah bersedia dengan tikar untuk solat dalam bilik seminar.huhu.nak buat mcm mana..xjd la bersolat di masjid.hope malam esok dapat la aku penuhkan hajat aku nih.insyaallah.
okeyla..dok layan bola epl ni.nak layan tugasan induksi plak.
Friday, 21 August 2009
PENYEMBUH H1N1..INSYAALLAH
Salam..
Ketika berkursus di KL ni,ada kawan seperjuangan dari sebuah politeknik ni menceritakan...ramuan pendemik h1n1 yang sudah dicuba dan dengan Kuasa Allah, sembuh...caranya ialah:
1- rendam 20 biji kurma di dalam air kelapa pandan.
2- saya xpasti kena rendam berapa lama, agak2 la sendiri.
3- kemudian, bacalah bismillah dan berniat semoga Allah menyembuhkan diri kita dan sebagai...serta makanlah buah kurma2 20 biji tu.
4- lastly, minumlah air kelapa tersebut..
Insyaallah..semoga perkara ini dipermudahkan Allah.kita semua sudah maklum khasiat buah kurma dan kelapa itu sendiri.
Semoga perkongsian ini,memanfaatkan kita sesama umat islam..
p/s::org london,xreply sms sy pun.xdpt ka.
Ketika berkursus di KL ni,ada kawan seperjuangan dari sebuah politeknik ni menceritakan...ramuan pendemik h1n1 yang sudah dicuba dan dengan Kuasa Allah, sembuh...caranya ialah:
1- rendam 20 biji kurma di dalam air kelapa pandan.
2- saya xpasti kena rendam berapa lama, agak2 la sendiri.
3- kemudian, bacalah bismillah dan berniat semoga Allah menyembuhkan diri kita dan sebagai...serta makanlah buah kurma2 20 biji tu.
4- lastly, minumlah air kelapa tersebut..
Insyaallah..semoga perkara ini dipermudahkan Allah.kita semua sudah maklum khasiat buah kurma dan kelapa itu sendiri.
Semoga perkongsian ini,memanfaatkan kita sesama umat islam..
p/s::org london,xreply sms sy pun.xdpt ka.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Subscribe to:
Posts (Atom)
