Wednesday 26 August 2009

Terawikh @ Masjid Negara


Assalamualaikum...
Terlanjur ada kursus di kl ni,sempena bulan ramadhan plak, aku pun amik la kesempatan yang ada ni untuk menunaikan solat sunat terawikh di masjid negara.sj la nk rasa suasana penghayatan bulan penuh berkat ni bersama orang kl.

Lepas bbuka n solat maghrib, aku bersama 3 orang lg sahabat bgerak.even sesat smpai brickfields,smpai jg.ramai orang.nk parking pn kena p parking kt belakang skali ni.

Esok dah hr last.kiranya petang nih slot berbuka puasa last la kt hotel.hope best.aku dok tunggu juadah satey.

Hari ni, dah xdak ceramah induksi.hanya sesi bergambar dan taklimat peperiksaan esok.

okla,ngantuk.mau tdr skjap.

Monday 24 August 2009

Menamakan Anak



Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan
kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Rujukan:http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm

Saturday 22 August 2009

Bila nak Raya ja..kira nak shopping


Salam
Adatlah orang perempuan.tak boleh dipisahkan dengan shopping.tambahan dah puasa.dah tu,kursus plak kt kl..apa lagi.dah kedengaran..esok lusa gaji (25hb)..masing2 dh plan..jalan TAR lah,SOGO lah.huhu.lucu jg la..

Hari ni hari puasa pertama di kursus induksi ni..so,termasuk mlm ni..terawikh dah 2x aku bersolat di dalam bilik seminar.niat malam nak sgt berterawikh kt masjid depan tu..xjauh.dalam 10 minit berjalan.dah siap bw wallet.tetiba ja kt lobby hotel, kawan2 seinduksi lain dah bersedia dengan tikar untuk solat dalam bilik seminar.huhu.nak buat mcm mana..xjd la bersolat di masjid.hope malam esok dapat la aku penuhkan hajat aku nih.insyaallah.

okeyla..dok layan bola epl ni.nak layan tugasan induksi plak.

Friday 21 August 2009

PENYEMBUH H1N1..INSYAALLAH

Salam..
Ketika berkursus di KL ni,ada kawan seperjuangan dari sebuah politeknik ni menceritakan...ramuan pendemik h1n1 yang sudah dicuba dan dengan Kuasa Allah, sembuh...caranya ialah:
1- rendam 20 biji kurma di dalam air kelapa pandan.
2- saya xpasti kena rendam berapa lama, agak2 la sendiri.
3- kemudian, bacalah bismillah dan berniat semoga Allah menyembuhkan diri kita dan sebagai...serta makanlah buah kurma2 20 biji tu.
4- lastly, minumlah air kelapa tersebut..

Insyaallah..semoga perkara ini dipermudahkan Allah.kita semua sudah maklum khasiat buah kurma dan kelapa itu sendiri.

Semoga perkongsian ini,memanfaatkan kita sesama umat islam..


p/s::org london,xreply sms sy pun.xdpt ka.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.



Assalamualaikum..
Di sini saya ingin memohon seribu keampunan kepada sesiapa sahaja yang mengenali hamba Allah ini.Semoga Allah merahmati dan memberkati segala amal ibadat sepanjang hidup kita seharian.
amin.

Yang ikhlas,
e d u v i l z .

Tuesday 18 August 2009

2nd day of Induksi @ Olympic Hotel KL

Salam..
hari ni 2nd day induksi.pagi2 lg dh kalut turun senaman pagi...then smpat la jln2 anak itik p jenguk stadium negara.hmm.besaq gak.

7.00am- qish kol.ayah mai pahang.hee.suspen tui pak mentua aku ni.p pahang stail x habaq.so,qish la kena p amik pak dia kalut2 dgn nak msk keja lg.kesian2.nk buat cmna...

aku pn kol la pk mentua.sj tanya kabaq.boleh dia kata malam ni dia nk balik dah sbb tgk anak dia sehat sejahtera lg ceria.sat..ada keja

Sunday 16 August 2009

Induksi Khusus & Umum Kump 1 Bil 37/2009

Tempat:: Hotel Olympic Kuala Lumpur
Tarikh :: 16-27 ogos 2009

Hari Pertama: Pendaftaran dan Taklimat

Assalamualaikum.
Perjalanan bermula dari POLISAS bersama 5org pensyarah lelaki dan lbh kurang 10org pensyarah perempuan menaiki bas POLISAS pada pukul 900pagi.
Pukul 3pm Susah juga nk percaya hotel olympic ni adalah sebuah hotel.sebabnya, bila aku sampai,tak nampak pun front hotel.rupa2nya,bangunan asrama sukan di wisma majlis olimpik malaysia dijadikan hotel dan diusahakan oleh pengurusan luar.

Petang,selepas check-in smpat kluar p masjid jamek.jmpa adik ipaq sat.amik broadband.tapi, rupanya wifi hotel ni dh excellent.

Malam td kul 830,ada taklimat.relax je brader urusetia ni..esok baru nk dilantik penghulu dan penghuluwati.senaman pagi start selasa.

Lps supper,kul 1030..sempat jg curi2 kluar p chinatown beli kiwi n berus kasut.huu.serabut oo malam2 kt kl ni.

okla.nk tdr.esok start kul 830.baju xiron lg.kasut xkiwi lg.nite.

Thursday 6 August 2009

H1N1::PENYAKIT BERJANGKIT

Ya Allah,
SELAMATKANLAH UMAT MU DARI BENCANA INI..

Sehingga detik ini,Malaysia telah kehilangan 12 orang rakyatnya dek kerana H1N1. Suasan di POLISAS masih terkawal.Namun begitu, pelajar2 telah diberikan cuti kecemasan selama seminggu bermula pada hari isnin 3ogos lepas selepas proses saringan kesihatan pada hari tersebut terhadap pelajar kanan yang mendaftarkn diri untuk sesi julai 09 mendapati lebih kurang 60orang disyaki memngalami simptom awal H1n1.

Staf masih bekerja seperti biasa.Topeng diedarkan secara percuma kepada setiap jabatan.jadi, tiada ertinya lagi make-up yg tebal bagi staf perempuan.



this weeknd 8ogos ni kalau ikut plan, nak p uthm sempena konvokesyen..dan diadakan friendly match antara pasukan hoki uthm dan pasukan hoki alumni ito.tetiba plak berita semalam mlaporkan ada kematian akibat H1n1 kt Batu Pahat.aduh,riso jg ni..qish dah bsg2 selamat ka p ni..adoi,xkan la nk cancel program yg dirncg sejak 2bulan lps ni...lama xjumpa geng2 lama...tampin,deni,pak arun, arip dll..semoga Allah permudahkan aku untuk eratkn ikatan persahabatn.amin.


Semalam dapat surat.Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki aku.dapat surat panggilan induksi di hotel olympic kuala lumpur dari 16-27ogos.kesannya,segala appoinment ngan doktor,terpaksa la qish p sendiri.rsnya leh ja mnta tlg kwn2 teman kn.


Ya Allah,
PERMUDAHKAN URUSAN HIDUP HAMBA MU INI.BERKATILAH HIDUPKU.MURAHKAN REZKI KU.KUATKAN IBADATKU.TEGUHKAN IMAN KU.AMPUNILAH DOSA2KU.AMIN.