Wednesday 25 March 2009

Lapor diri di POLISAS

Salam dudez;

selasa, 24mac09
Setelah aku melapor diri di PICC putrajaya pada 23mac09, aku pn rush balik ke kuantan bersama muz,wan dan syafik. sampai kuaters pukul 1.00am lebih.wan dan syafik tumpang tidur rumah aku. bangun pagi je, aku pun dengan semangat even letih sangat2, bangun untuk bersiap. then wan dan syafik tinggalkn aku di admin office sebab wan nk hantar syafik ke terminal bas. dia nk blk kelantan.
daftar hari itu bersama aku adalah 6 orang heroin.hero aku sorang jek..xbes tul.pupus la kaum aku ni.nasib baik bro TPA, tuan hj satri orang kedah.lepas settle proses isi2 borang, aku p JKE. ketua jabatan tuan hj khamisan tak ada. so aku lapor diri pada encik thean, pen.KJ. bes jg, orang kedah lagi. tapi dia menafikan sekeras2nya dengan kata dia murtad kedah.hehe.apala.cina pun tau ka murtad. after lunch aku minta kluar p medical checkup.petang pn xsiap lagi.apa punya lembab la.

rabu, 25mac09
aku punch kad macam diajar akak opis tu. punch kad ke nak panggil even xguna kad. lebih susuai panggil key in password kot...sebab just key id dan pasword je.pastu dah abis.hehe.senang2.
meja aku? buat sementara waktu ni aku duduk meja K7...atau kesavan.buat masa ni dia p kursus. dia ni nanti nk further phd.leh la aku koya tempat dia. maleh r aku nk dok meja kt depan pintu tu.macam kaunter plak.dah la tu jadi operater tepon. ciss aku rasa ada pakatan nk pekena aku jek ni. i smell something.huhu.mcm ada plan je..dah tau aku nk dpt polisas mesti ada bebudak yg kenal aku dah plan.xbaik betul.malas sgt aku nk kisah.lantak la apa jd pun.kisah apa aku.nk gurau boleh.tapi jangan over r.bukan semua orang suka bergurau.
lepas letak beg kt meja k7 aku p ronda2 bilik pensyarah. nak kenal2 pensyarah2 lain. maklum la aku orang baru. nak juga kenal otai2. macam2 sikap manusia yg aku boleh jumpa.macam2 mimik muka dan cara berkenalan.manusia2.
tapi ada juga sorang 2 semacam bersombong.cakap pn xtengok muka..kalau awal2 nmpk aku mungkin la kata aku ni student. tapi lepas ku kenalkn diri pn sm jg.tetap endah2 xendah. padahal kita ni menumpang ja di bumi Allah ni. apa salahnya senyum dan hormat orang sket.even orang tu seorang pendatang baru.jangan la bersombong, bongkak dan megah dan apa yg anda ada...PANGKAT,KUASA,SENIORITI DAN ILMU yang penuh di dada.tunggu masa ja nk pecah dada. Masyaallah. xpelah...memang selalu begini layanan pada pendatang baru.aku mengaku aku memang lemah dari semua aspek. tapi insyallah mungkin ada otai yg mampu mengembangkn ilmu nya pada aku kerana Allah taala.aku pn patut review balik nota2 dan segala ilmu yg pernah aku pelajari. pengukuhan itu perlu.insyaallah.

dlm masa yg sama aku cari juga geng2 futsal. jumpa juga bro suhardi dan bro zu. ada lg sorang. aku xingat nama pa.boleh la lepas ni layan futsal.best2.hope!