Wednesday 11 November 2009

AL-FATIHAH

Al-Fatihah untuk anak saudaraku,Mohd Alias yang kembali kerahmatullah pada usia kandungan 5 bulan.kakak aku keguguran seorang anak yg comel...sudah cukup sifat pada 10 nov 09 jam 700am.semoga rohnya dicucuri rahmat.syurga hadiah untuknya.insyaallah.

Monday 9 November 2009

Nur Aulia Sofea...parking rumah atuk buluh 5

Lepas raya haji ni baru nak bawa mai pahang.la ni bg tok di kg buluh lima main2 dulu.besa la cucu 1st.berapa berat aulia la ni pun aku xtau..lama dah xtimbang.penimbang kilo sayur adala.kesian plak aku tgk anak aku dok atas kilo tuh.




Tuesday 3 November 2009

APA NI??

ANDA INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?
ANDA INGIN BEBASKAN DIRI ANDA DARI HUTANG?
ANDA SUKAR MENDAPATKAN TAWARAN PERKERJAAN?

MEMPERKENALKAN PROGRAM YANG HEBAT!
PLAN KEUNTUNGAN & INSENTIF YANG MENARIK!
PELUANG ANDA MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya sedikit saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan kami

Maklumat Lanjut sila klik DISINI dibawah:
-----------------CLICK HERE-------------------------------

Tuesday 20 October 2009

UPDATE BERAT

BERAT AULIA ::1BULAN 7 HARI == 4KG::

Thursday 8 October 2009

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya...." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Wednesday 30 September 2009

Monday 28 September 2009

Tips Cemerlangkan Anak.


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulakgelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari especially by mum, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung.Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan – Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan- mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu.Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,janganlah tuan/puan mengeluh – Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap
rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logik je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnti terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak ke dapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnti mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

Tuesday 15 September 2009

Assalamulaikum NUR AULIA SOFEA

Nama Saya:Nur Aulia Sofea
Tempat lahir : PMC, Alor Setar Kedah
Tarikh lahir : 3.36 PM, 12 Sept 2009





Wednesday 26 August 2009

Terawikh @ Masjid Negara


Assalamualaikum...
Terlanjur ada kursus di kl ni,sempena bulan ramadhan plak, aku pun amik la kesempatan yang ada ni untuk menunaikan solat sunat terawikh di masjid negara.sj la nk rasa suasana penghayatan bulan penuh berkat ni bersama orang kl.

Lepas bbuka n solat maghrib, aku bersama 3 orang lg sahabat bgerak.even sesat smpai brickfields,smpai jg.ramai orang.nk parking pn kena p parking kt belakang skali ni.

Esok dah hr last.kiranya petang nih slot berbuka puasa last la kt hotel.hope best.aku dok tunggu juadah satey.

Hari ni, dah xdak ceramah induksi.hanya sesi bergambar dan taklimat peperiksaan esok.

okla,ngantuk.mau tdr skjap.

Monday 24 August 2009

Menamakan Anak



Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan
kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Rujukan:http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm

Saturday 22 August 2009

Bila nak Raya ja..kira nak shopping


Salam
Adatlah orang perempuan.tak boleh dipisahkan dengan shopping.tambahan dah puasa.dah tu,kursus plak kt kl..apa lagi.dah kedengaran..esok lusa gaji (25hb)..masing2 dh plan..jalan TAR lah,SOGO lah.huhu.lucu jg la..

Hari ni hari puasa pertama di kursus induksi ni..so,termasuk mlm ni..terawikh dah 2x aku bersolat di dalam bilik seminar.niat malam nak sgt berterawikh kt masjid depan tu..xjauh.dalam 10 minit berjalan.dah siap bw wallet.tetiba ja kt lobby hotel, kawan2 seinduksi lain dah bersedia dengan tikar untuk solat dalam bilik seminar.huhu.nak buat mcm mana..xjd la bersolat di masjid.hope malam esok dapat la aku penuhkan hajat aku nih.insyaallah.

okeyla..dok layan bola epl ni.nak layan tugasan induksi plak.

Friday 21 August 2009

PENYEMBUH H1N1..INSYAALLAH

Salam..
Ketika berkursus di KL ni,ada kawan seperjuangan dari sebuah politeknik ni menceritakan...ramuan pendemik h1n1 yang sudah dicuba dan dengan Kuasa Allah, sembuh...caranya ialah:
1- rendam 20 biji kurma di dalam air kelapa pandan.
2- saya xpasti kena rendam berapa lama, agak2 la sendiri.
3- kemudian, bacalah bismillah dan berniat semoga Allah menyembuhkan diri kita dan sebagai...serta makanlah buah kurma2 20 biji tu.
4- lastly, minumlah air kelapa tersebut..

Insyaallah..semoga perkara ini dipermudahkan Allah.kita semua sudah maklum khasiat buah kurma dan kelapa itu sendiri.

Semoga perkongsian ini,memanfaatkan kita sesama umat islam..


p/s::org london,xreply sms sy pun.xdpt ka.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.



Assalamualaikum..
Di sini saya ingin memohon seribu keampunan kepada sesiapa sahaja yang mengenali hamba Allah ini.Semoga Allah merahmati dan memberkati segala amal ibadat sepanjang hidup kita seharian.
amin.

Yang ikhlas,
e d u v i l z .

Tuesday 18 August 2009

2nd day of Induksi @ Olympic Hotel KL

Salam..
hari ni 2nd day induksi.pagi2 lg dh kalut turun senaman pagi...then smpat la jln2 anak itik p jenguk stadium negara.hmm.besaq gak.

7.00am- qish kol.ayah mai pahang.hee.suspen tui pak mentua aku ni.p pahang stail x habaq.so,qish la kena p amik pak dia kalut2 dgn nak msk keja lg.kesian2.nk buat cmna...

aku pn kol la pk mentua.sj tanya kabaq.boleh dia kata malam ni dia nk balik dah sbb tgk anak dia sehat sejahtera lg ceria.sat..ada keja

Sunday 16 August 2009

Induksi Khusus & Umum Kump 1 Bil 37/2009

Tempat:: Hotel Olympic Kuala Lumpur
Tarikh :: 16-27 ogos 2009

Hari Pertama: Pendaftaran dan Taklimat

Assalamualaikum.
Perjalanan bermula dari POLISAS bersama 5org pensyarah lelaki dan lbh kurang 10org pensyarah perempuan menaiki bas POLISAS pada pukul 900pagi.
Pukul 3pm Susah juga nk percaya hotel olympic ni adalah sebuah hotel.sebabnya, bila aku sampai,tak nampak pun front hotel.rupa2nya,bangunan asrama sukan di wisma majlis olimpik malaysia dijadikan hotel dan diusahakan oleh pengurusan luar.

Petang,selepas check-in smpat kluar p masjid jamek.jmpa adik ipaq sat.amik broadband.tapi, rupanya wifi hotel ni dh excellent.

Malam td kul 830,ada taklimat.relax je brader urusetia ni..esok baru nk dilantik penghulu dan penghuluwati.senaman pagi start selasa.

Lps supper,kul 1030..sempat jg curi2 kluar p chinatown beli kiwi n berus kasut.huu.serabut oo malam2 kt kl ni.

okla.nk tdr.esok start kul 830.baju xiron lg.kasut xkiwi lg.nite.

Thursday 6 August 2009

H1N1::PENYAKIT BERJANGKIT

Ya Allah,
SELAMATKANLAH UMAT MU DARI BENCANA INI..

Sehingga detik ini,Malaysia telah kehilangan 12 orang rakyatnya dek kerana H1N1. Suasan di POLISAS masih terkawal.Namun begitu, pelajar2 telah diberikan cuti kecemasan selama seminggu bermula pada hari isnin 3ogos lepas selepas proses saringan kesihatan pada hari tersebut terhadap pelajar kanan yang mendaftarkn diri untuk sesi julai 09 mendapati lebih kurang 60orang disyaki memngalami simptom awal H1n1.

Staf masih bekerja seperti biasa.Topeng diedarkan secara percuma kepada setiap jabatan.jadi, tiada ertinya lagi make-up yg tebal bagi staf perempuan.



this weeknd 8ogos ni kalau ikut plan, nak p uthm sempena konvokesyen..dan diadakan friendly match antara pasukan hoki uthm dan pasukan hoki alumni ito.tetiba plak berita semalam mlaporkan ada kematian akibat H1n1 kt Batu Pahat.aduh,riso jg ni..qish dah bsg2 selamat ka p ni..adoi,xkan la nk cancel program yg dirncg sejak 2bulan lps ni...lama xjumpa geng2 lama...tampin,deni,pak arun, arip dll..semoga Allah permudahkan aku untuk eratkn ikatan persahabatn.amin.


Semalam dapat surat.Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki aku.dapat surat panggilan induksi di hotel olympic kuala lumpur dari 16-27ogos.kesannya,segala appoinment ngan doktor,terpaksa la qish p sendiri.rsnya leh ja mnta tlg kwn2 teman kn.


Ya Allah,
PERMUDAHKAN URUSAN HIDUP HAMBA MU INI.BERKATILAH HIDUPKU.MURAHKAN REZKI KU.KUATKAN IBADATKU.TEGUHKAN IMAN KU.AMPUNILAH DOSA2KU.AMIN.

Thursday 23 July 2009

Traveling is Funz!!!

Assalamulaikum n salamsejahteraz::

Insyaallah,tahap kerajinan akan muncul lepas ni...ni tajuk2 pasal travel aku.
1-balik kenduri kedah 6jun09
2-kenduri @ Kuala Terengganu 13jun09
3-Genting 15jun09
4-Ipoh 14jun09-6julai09
5-kuantan-upm-nilai-shah alam 24julai09.

adois.

Monday 29 June 2009

July 22nd 2009 another Tsumani !!!


Can't verify this, but just take heed.

Please be more cautious as the warnings has been given.

Attached a photo for u.




I just received this message from a colleague. I don’t know the source of the message; I also don’t know the credibility of the content, but just beware.

Below is the content on the message:

“Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd.. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.”

MICROSOFT IT CERTIFICATION PROFESIONAL-ENTERPRISE SUPPORT

Laporan Kes Peniruan di Dalam Peperiksaan Akhir Pelajar DKE POL Sesi Januari 2009

Pada (masa/tarikh)____ 2009, bertempat di Bilik Kuliah Blok A (BK A 201), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik ----------, saya seperti butiran diri di bawah telah ditugaskan untuk mengawal peperiksaan akhir kertas E5164(___ ). Bersama saya ialah dua (2) orang lagi pensyarah yang bertindak sebagai ketua pengawas (-) dan Pn.-(pengawas peperiksaan).

Setelah lebih kurang satu jam peperiksaan bermula, pengawasan saya mendapati seorang pelajar lelaki yang berkedudukan meja sebelah dinding bertingkap telah mendatangkan kecurigaan kepada saya. Antara tindakannya itu ialah
1. kertas soalan peperiksaan (muka surat akhir/paling belakang) telah dilipat kepada dua (2) bahagian dan
2. struktur badan lebih menghala kearah dinding.
Dari tindakan tersebut, saya sebagai pengawas peperiksaan, membuat kesimpulan yang berkemungkinan pelajar tersebut
1. cuba menyembunyikan sesuatu di bawah lipatan kertas soalan tersebut
2. cuba menghalang pemandangan pengawas peperiksaan secara terus kepada mejanya.
Dengan itu, pemantauan terus dilakukan terhadap pelajar tersebut.

Semasa memantau pelajar tersebut, saya mendapati pelajar tersebut telah membuka kembali lipatan kertas soalan tersebut. Apabila saya ke mejanya, saya dapat melihat bayangan objek berbentuk segi empat bersaiz lebih kecil dari kad pengenalan telah kelihatan dengan jelas. Ketika hendak mengambil objek tersebut, pelajar tersebut telah menghalang tindakan saya dengan cara;
1. menekan kertas soalan supaya saya tidak mencapai objek tersebut dan
2. kemudiannya mengambil objek tersebut lalu memasukkan kedalam poket kanan seluarnya.

Setelah meminta berulang kali, pelajar tersebut memberikan objek tersebut kepada saya. Saya dapati ia adalah kertas yang telah dijadikan seperti helaian nota yang sangat kecil , mempunyai tulisan cetakan komputer dan stapled.

Susulan itu, ketua pengawas telah dimaklumkan. Laporan peniruan telah dibuat menggunakan borang merah yang disediakan. Pelajar tersebut telah memberi kerjasama mengisi bahagian yang perlu dan menandatangani borang tersebut.

Maklumat pelajar tersebut ialah:
---------------------------------------------
----------------------------------------------

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh:

,,,,,

Monday 22 June 2009

JANGAN MARAH

Salam… 1st time mencoretkan di blog my hubby… misti bi malu… uhuks… xper, tebalkan muka ek…

Last weekend, aku balik kg tengok mak ayah… Tiba2 lak bi balik, menengok tok buluh lima yang sakit urat . Bi mai amek aku petang ahad tu, pi tengok tok sat, sbyg dll n bertolak balik. Aku ke Kuantan, bi ke Ipoh. Janji dengan pemandu bas, aku naik kat Bukit Gantang… Kami heading to Bukit Gantang sama2.

Atas jalan bi ckp ttg suka duka kami masa kapel. Huhuhu. Sedih o0o0o0 ingat balik. Mau menitik air mata ingat. Huhuhu… Next week kami nak ke penang, mengimbau kenangan di penang… Hehehe… Klu boleh, nak jalan semula dr Gurney ke KOMTAR…

Kepada suamiku tersayang, TQ 4 being there 4 me… anytime I need… Huhuhu… Memang dialah yang terbaik yg pernah aku dapat dr Allah… huhuhu, air mata bergenang… SEMOGA KITA KEKAL HINGGA DI SANA… AMIN…

Friday 19 June 2009

kursus 3P:::MCITP-ES:G1:::

Salam bloggerz::

Bermula 15hb jun lepas aku memautatinkn diriku ini selama 3 minggu juga di politeknik ungku omar (puo) ipoh untuk kursus 3p, microsoft certified it profesional-enterprise support. program ni anjuran jppkk bersama prestariang sb.so, story ni lambat sket diupdate disebabkan kursus yang bermula seawal 9pagi hingga 5petang. sangat pack. trainer di dimport dari filipina. mr rex bayona.mula2 ingat pompuan, rupanya lelaki. lebih kurang baya aku ja.

dengar angin2 kentut yang bertiup, rex dibayar more than 10k only for 3 week courses.pergh.hebatnya ilmu.

1st day aku di lab cadd 3 jmsk puo bermula dengan semangat yang tinggi.namun...keslowan internet kt puo ni yg sangat hampeh menyebabkan jiwa aku sedikit tertekan.adoi.nak berkursus, nak anjur program biar la semuanya dah dalam keadaan yang sangat baik.bukan sikit staff dr politeknik seluruh malaysia ni, hampir 30 org.

kursus ni walaupun menggunakan windows vista sebagai perkara utama dalam kandungan program, namun tidak lesu seperti pandangan rendah aku...hehe. mr rex menggunakan microsoft visual pc and server. kiranya dalam satu pc, wujud satu network virtual. boleh guna windows os vista home basic,premiun, server 2003, ultimate, premium, express.tu je yang aku ingat. so dari sini, kita tak perlu install new os dalam pc kita untuk tengok dan belajar windows os versions tersebut. secara mudahnya dipanggil simulation os la.

cara sebutan mr rex ni lain sket la.ada jg lec perempuan yg xtahan gelak masa 1st day program ni.main gelak je depan muka mr rex tu.xsempat nak di cover.contohnya kalau word installation ni, mr rex akan sebut "instollashawwwnn","configurashawwwnnn"..dan lain2 lagi yang berbunyi "shawwwwnnn".hmm

sedar tak sedar ni dah jumaat.esok still have a class.xdak cuti.ahad baru free.next week dah test.aduhh.study2.
chowww.

Wednesday 17 June 2009

Moms To Be...Read This..

Peringatan: Bagi yg bakal melahirkan dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh dan solehah.

Susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

berkaitan status halal / tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.

*SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. and please inform this to ur ‘mummy’ friends ok Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia .. susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu ni pun quite famous.. ada di pasaran. Susu tu dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu tu pun dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

inform kawan2 ok!..


from email.


silen blog:: research n research.cr yg halal.

Thursday 11 June 2009

Wednesday 13 May 2009

Cuti lagi...

Salam boggerz::

Tengah hari td tgh aku bz marking paper, wife aku msg.katanya dia dpt fax dr KL, kena p kursus BTN esok jg.pastu, xde orang lain sama tempat ngan beliau iaitu, Besut.Mak aiiiiiii.jauhnya.Maka, akulah drivernya...huhu

Butiran::
-Daftar esok pkl 2.
-perjalanan org kata 5-6 jam.
-esok jg aku kena jd panel penilai projek final year projek (kesian en.hajri,kena nilai sorang2.maaf ye)
-khamis, aku kena wat lab test untuk subjek programming.soalan pn aku xbuat lagi.hope sempat.
-so,esok aku amik cuti lagi dong.
-So,aku pn kol adik aku, hafiz yg dok melangut saja kt rumah di kg nu jauh di kedah supaya p beli tiket dengan kadar segera kerana perlu mai ke kuantan malam ni jg. nak masuk U pn lmbt lg.
- gunanya adik aku ni adalah sbgai peneman aku time balik dari besut ke kuantan esok lepas hantar wife aku.gile 6jam, xkan aku sorang2.kang kena cirit, susah sorang2.
-so, hafiz on the way.
-plan:: esok aku amik hafiz di terminal bas kuantan, terus bertolak ke besut.
-konvoi dengan rais.

::bz.but.enjoy.my.life::

Tuesday 12 May 2009

Tentatif Hari Nie

1215::Unit Exam

230::prepare VB lab test Qs.

600::Indera Mahkota Futsal Hall (JKE)

700:: Hockey Asian Cup 2009 (Malaysia Vs Japan)

930:: Print Kad

1100::Collapse.

Tomorrow:: Panel for DKE Final Project Presentation.

Sunday 10 May 2009

Selamat Hari Mak!!

i-Q Enterprise...bila nak jadi betul2 ek?


We are multimedia, printing and advertising company. Provide graphic and multimedia design services including web design and general printing (digital and offset).

| Banner | Billboard | Bunting | Signage | Name Card | Posters | Flyers |T-shirt| Website

At I-Q Ent., we believe that an idea should be the one that started something, not the result that comes out of something else.

Based on that, we always pushing ourselves for ideas. One idea might be crazy to one person but to another, it was a great one. That is why ideas are very important to us.

From ideas will come out a design which will bring the solution that our clients looking for. So, let's have a chat. Together we could turn ON some ideas for the greatest solution to it!.

- Registered with the Ministry of Finance, Malaysia. (No:xde..sbb xregister lg.kuikuikui)

Thursday 7 May 2009

Dah Kalut, Bertambah Kalut..

Salam Bloggerz::

Hari ni cuti umum. so dapat la juga extra time aku nk rest. minggu ni, selasa last day, aku kena panggil ke unit exam.edit struktur soalan final exam. aduh, dah la kerja aku lain xsiap lagi.ada lg plak kerja tambahan.tapi xpala, aku suka ada kerja.jangan xada kerja.buat je dengan ikhlas.jangan banyak merungut.xbaik juga untuk kesihatan kalau mengeluh banyak sangat.ikhlas kan diri, baru kepuasan menanti.chewwwahhh..


lagi kesian wife aku sebab p kerja juga..jaga lab dan prepare dewan untuk program dia esok..anjuran jabatan teknologi makanan..."Food Product Development Day"..dah la pregnen..hope baby aku x obes la sebab dok bau makanan best2 tiap2 hari.keke.

minggu depan dah study week.tapi aku nak lab juga untuk autocad n programming.lantakla nanti ada aduan pelanggan pun.janji RMS aku settle.lagi pun subjek aku ni xdak final...

teringat masa study week kat ito dulu.huhu.masa dah berlalu..
ops!!sebelum lupa,jumat ni::
  1. siapkan soalan final @ unit exam.
  2. apply cuti utk isnin..hantar adik kish ke KUIS.


Wednesday 6 May 2009

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar... Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebabjika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk
membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu... Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu .. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk..

p/s::insaf.dah xmau pakai seluar jin.

Monday 4 May 2009

KELAM KABUT== GELAP KABUT

Salam bloggez;

ketika aku sedang menaip post ni, aku still printing kad kenduri.ari tu dah siap 500 pcs untuk orang kampung.
yang ni plak untuk special invitation..

Pagi td aku balqish sebenarnya baru sampai ke kuantan dari my hometown, kedah.balik kedah khamis mlm jumaat. macam2 aneka ragam on the way balik kampung kali ni. masa balik kedah ari tu, aku naik bas Shamisha Ekspres..(ada jg aku terdengar makcik tu cari bas Shamsiah ekspress..tapi xjumpa2..hehe).untuk sampai ke kedah, kami kena naik 3 biji bas.tapi brand yg sama jg la.huhu.letih oo.kesian tgk wife aku.berusung brg2.

Sampai je kedah, mula la pening nak tidor rumah sapa
dulu.last2, pak mentua aku sokong aku.hehe.toche2.dia tolong amik kt terminal bas shahab perdana, alor star, then tolong hantar kami ke rumah aku.hehe.so, esoknya aku la plak p tdr rumah wife aku.

yang tak besnya, masa balik ke pahang, kami kena naik bas lain2.huhu.tiket abis daa.tu la beli lambat sangat.
event bas aku buruk, mcm besi buruk, tapi sampai 2 jam lebih awal. tapi apa yg penting, kami selamat sampai.alhamdulillah.

minggu ni serabut sangat.
  1. minggu ni last week kuliah.aku xabis lg 1 bab autocad.dah la khamis ni time lab autocad aku tu cuti.kena ganti cepat2 nih.
  2. banyak kuiz, assignment xabis marking lagi..PB xsiap lg la mknanya.
  3. kalut rumah serabut, family mentua nak datang jumaat ni.serabut2.
  4. kad kenduri kakak aku xabis print lagi.janji dengan dia minggu ni aku siap kan semua.
  5. buku library aku xrenew lg.
  6. kelas ada lg yang xganti..(ye ke?..aku rasa mcm dah settle!..nanti la cek blk)
Hope!!semua perkara kat atas ni settle minggu ni juga sebab next week aku nak tengok hockey asian cup 2009 kat kuantan.Malaysia jadi tuan rumah.best betul...dah minat kan..Go Malaysia Go!! Malaysia Boleh!!

Tuesday 28 April 2009

kad kenduri kakak & adik aku

Mula dengan kenduri aku tahun lepas, kad kahwin aku buat sendiri. bulan jun ni plak kenduri kahwin besar2an kat rumah aku. 2 pasang terus kahwin serentak.macam karnival kahwin plak.hehe.hope semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t..

Bukan kedekut beb xnak order kt kedai.tapi aku xpuas hati la sebab mahal sangat untuk dapatkn kad2 yg lawa.so, mcm membazir.kan kita digalakkan buat apa2 pun secara wasatiah. so, aku pun amik pendekatan design sendiri dan print sendiri.


tapi yg susahnya, kat pahang ni susah tol nk cari vendor kad yg boleh cut kad tu ikut size yg kita nak.memang xjumpa.last2 aku guna jg kad "skin net" saiz A4. so, terpaksa buat secara 3 lipatan la, dah xnak rugi. rugi gak la, kena guna ink banyak.argh, lantak la, tapi masih lg jimat sgt2.

so, aku buat design sebaik yg boleh dek kekangan ....

Monday 27 April 2009

Larian Sempena Hari Politeknik ke 40 tahun.

Pagi ni aku pegi keja dengan pakai pakaian sukan. ADIDAS lagi beb dari atas sampai bawah.hehe. even ada yg xori, tapi xpelah. janji ada 3 line, even brand lain.hehe.kantoi la plak kalau staf jke yg baca.kuliah pagi ni dibatalkan sehingga 1230..arahan pengarah beb.

lepas punch kad terus ke padang ragbi kampus B. semua acara untuk sambutan ni dibuat kat sini dan berbentuk kesukanan.dah sampai, susah nk parking lg beb. so, memang parking tepi jalan jek. padahal quaters sebelah jek..

acara pagi dimulakan dengan senam erobik.wah, bes juga siap menari ala2 hindustan lagi.keke.sambil memakai topi free yg disponser oleh koop polisas, aku pun menurut segala acara dengan rela hati even panas terik. siap bersungguh2..dah berpeluh lecun dek senam erobik ala2 disko tu, dengar ucapan pengarah yg termengah2 penat tu. memang jelaslah dia semput.keke.

Lepas ucapan, barulah nak bermula acara larian. ada beberapa kategori, student (L&P), staff (L&P). atlast aku dapat la juga hadiah saguhati, dapat no.5 beb.hehe.ok la tu.penat woo.lari pusing polisas. korang ingat kecik ke polisas ni.kalah uthm tu..dapat la hamper kecil.

lepas letih, lebih kurang pukul 11 am, aku pn balik quaters.apalagi bro, TIDOQ la. letih2.bangun je dah pukul 2.lunch la apa yg dimasak oleh wife.kalut2 gak, lab instrumentasi pukul 3..

xsangka plak, aku je yg lupa isi form utk request subjek yang nak diajar sem depan.so, dah request..e1003,e2004,e3062,assist e4162 dan apalagi ntah, tapi kelas java la.sebab aku nk belajar

so, esok aku kena betugas hari konvokesyen polisas.pagi, sidang 1, petang raptai sidang 3.mmmuah.

MALAS

Malas !
Malas !

Malas apa? aku malas mengepost kt blog ni. kenapa pun xtahu. dulu masa awal2 buat blog ni, rajin je. hangat2 taik ayam.

Sampaikan ary dah bg award kt aku...SilentBlog..memang silent abis r.hehe. banyak sebenarnya nak aku share dengan korang.tapi sifat malas aku memang menggunung tinggi sangat. kalau boleh, nak ja aku upah orang. ada ke blogger professional?hee.
Sapa nak jd blogger aku? sekali post rm0.50.

Banyak yang aku nak share. antaranya;
1. meja & rak baru aku di opis jke
2. kursus robocon 2009
3. Masalah kereta Persona
4. ISO audit di POLISAS
5. Jadual aku
6. Futsal
7. Quaters
8. Kad kenduri sis aku
9. Lab VB & AutoCad
10. Larian Sempena Sambutan Politeknik ke 40Tahun.
11. Konvokesyen POLISAS 2009.

So, hope sub tajuk yg aku list atas tu boleh jadi guidelina utk aku buat post lepas ni.hehe.ketinggalan...

SilentBlog:: to ary, apa petua bg aku suka buat post setiap hari?

Wednesday 25 March 2009

Lapor diri di POLISAS

Salam dudez;

selasa, 24mac09
Setelah aku melapor diri di PICC putrajaya pada 23mac09, aku pn rush balik ke kuantan bersama muz,wan dan syafik. sampai kuaters pukul 1.00am lebih.wan dan syafik tumpang tidur rumah aku. bangun pagi je, aku pun dengan semangat even letih sangat2, bangun untuk bersiap. then wan dan syafik tinggalkn aku di admin office sebab wan nk hantar syafik ke terminal bas. dia nk blk kelantan.
daftar hari itu bersama aku adalah 6 orang heroin.hero aku sorang jek..xbes tul.pupus la kaum aku ni.nasib baik bro TPA, tuan hj satri orang kedah.lepas settle proses isi2 borang, aku p JKE. ketua jabatan tuan hj khamisan tak ada. so aku lapor diri pada encik thean, pen.KJ. bes jg, orang kedah lagi. tapi dia menafikan sekeras2nya dengan kata dia murtad kedah.hehe.apala.cina pun tau ka murtad. after lunch aku minta kluar p medical checkup.petang pn xsiap lagi.apa punya lembab la.

rabu, 25mac09
aku punch kad macam diajar akak opis tu. punch kad ke nak panggil even xguna kad. lebih susuai panggil key in password kot...sebab just key id dan pasword je.pastu dah abis.hehe.senang2.
meja aku? buat sementara waktu ni aku duduk meja K7...atau kesavan.buat masa ni dia p kursus. dia ni nanti nk further phd.leh la aku koya tempat dia. maleh r aku nk dok meja kt depan pintu tu.macam kaunter plak.dah la tu jadi operater tepon. ciss aku rasa ada pakatan nk pekena aku jek ni. i smell something.huhu.mcm ada plan je..dah tau aku nk dpt polisas mesti ada bebudak yg kenal aku dah plan.xbaik betul.malas sgt aku nk kisah.lantak la apa jd pun.kisah apa aku.nk gurau boleh.tapi jangan over r.bukan semua orang suka bergurau.
lepas letak beg kt meja k7 aku p ronda2 bilik pensyarah. nak kenal2 pensyarah2 lain. maklum la aku orang baru. nak juga kenal otai2. macam2 sikap manusia yg aku boleh jumpa.macam2 mimik muka dan cara berkenalan.manusia2.
tapi ada juga sorang 2 semacam bersombong.cakap pn xtengok muka..kalau awal2 nmpk aku mungkin la kata aku ni student. tapi lepas ku kenalkn diri pn sm jg.tetap endah2 xendah. padahal kita ni menumpang ja di bumi Allah ni. apa salahnya senyum dan hormat orang sket.even orang tu seorang pendatang baru.jangan la bersombong, bongkak dan megah dan apa yg anda ada...PANGKAT,KUASA,SENIORITI DAN ILMU yang penuh di dada.tunggu masa ja nk pecah dada. Masyaallah. xpelah...memang selalu begini layanan pada pendatang baru.aku mengaku aku memang lemah dari semua aspek. tapi insyallah mungkin ada otai yg mampu mengembangkn ilmu nya pada aku kerana Allah taala.aku pn patut review balik nota2 dan segala ilmu yg pernah aku pelajari. pengukuhan itu perlu.insyaallah.

dlm masa yg sama aku cari juga geng2 futsal. jumpa juga bro suhardi dan bro zu. ada lg sorang. aku xingat nama pa.boleh la lepas ni layan futsal.best2.hope!


Thursday 19 March 2009

Subject: Aduan Pengguna: Old Town White Coffee Anti Islam

Petikan email yang aku dapat:::

To:
aduanppim@gmail.com

Aslmkum
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.
Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"
Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.
Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.
Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.
Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee
Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.
Fikir-fikir lah...
Salam

" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000

www..muslimconsumer.org.my
http://sembangcafeppim.blogspot.com

Untuk GROUP SMS PPIM, taipkan ON GROUP PPIM dan hantar ke 33886

Boikot barangan Belanda dan belilah produk Muslim di Pasaraya Mydin sebagai jihad ekonomi Islam!

Monday 16 March 2009

SEMINGGU MENGASUH BEBUDAK

Salam dude,
wallaweh, ni aku br sempat online semula.mana x nya, ni baru sampai ke kuantan. mggu lepas aku chaw blk kg. niat sebenarnya nak amik my stuff sbb dipercayai aku dpt posting polisas. kebetulan bila ada di kg, PPD kota star kol aku suruh jd cikgu ganti kat sek.keb.dato wan mat saman, alor star. maka, aku pn selambe jek setuju even dah tau nak posting.hehe.suka2, niat nk cr pengalaman.ni la kronologinya sepanjang last week;

1stday; ahad
740am, lapor diri, kebetulan perhimpunan, so aku pn kena naik stage.adik2 kecil yg comei lotte ni apa lagi usha pelik jek. ms tgh guru PK berucap, tetiba ada pelajar tahun 1 ni, muntah...hehehe...trs jadi kecoh2.lawak2...
tak sampai 10 minit, 2 org lagi pelajar muntah, betul2 pada tmpt pelajar td muntah...yg lawaknya...ada 3 warna muntah..sebab 3 org muntah, berlainan warna.hehehe...geli aku...mcm pelangi plak.

to be continue....

Thursday 5 March 2009

Syukur dapat POLISAS

Syukur alhamdulillah dapat posting POLISAS jg. poli wife aku ngajar. jauh pun xpa la dr my hometown. nanti apply blk kedah plak.Insyaallah.

Moral Of The Story::

Apa ek?jaga moral.

Tuesday 3 March 2009

LAWAK YG X DI INGINI...MUNGKIN REALITI DAN BOLEH JD PD ORG LAIN.


Pukul 345pm td aku kol la pn.niza sj ja syok2. result lulus interview spp sblm ni aku tau melalui SPP sndiri.aku kol las week.
Pn niza pn tanya no.ic dan cek dalam komputer dia. sekali dia ckp, "Maaf, data anda tiada dalam rekod lulus kami. jadi anda dikira gagal!!"... :'(ah sudah.aku dah cuak amat sangat.aku pun ckp la mcm mana xsama dgn spp.sebab saya kol spp, saya memang lulus. dia pn cek lg skali dengan nama aku plak.memang xada. dan dia pun kata "bos sy tgh meetg psl postg, nama encik ni memang xtermasuk la.xkan sy nk interrupt meetg kot"...ah..malapetaka nih.

aku pun minta jasa baik pn.niza tlg settlekn benda ni. lps tu, aku trs kol spp,cakap dgn en.fauzi.dia konferm, memang aku lulus.dia pn janji tlg settlekn benda ni sbb dia pn trkejut mcm mana x seragam kpt dgn spp.

lps ckp dgn en.fauzi, pn .niza pn kol, dia kata "anda lulus.silap tgk/slp cek"...alhamdulillah...aku pn kata xpa.syukur amat sgt pd Allah ja. Nmpk sgt pn.niza letih mnjawab tepon bdk2 sltp.thanks pn.niza.

::Moral of The Story::
cek nama korang dgn SPP & KPT.biar seragam.takut tercicir je.kesilapan sedikit membawa kesan yg besar.

p/s:thanks a lot pn.niza dan en.fauzi.anda memang profesional.semoga Allah memberkati hidup anda.aminnn... Grin Grin Wink