Monday 29 June 2009

Laporan Kes Peniruan di Dalam Peperiksaan Akhir Pelajar DKE POL Sesi Januari 2009

Pada (masa/tarikh)____ 2009, bertempat di Bilik Kuliah Blok A (BK A 201), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik ----------, saya seperti butiran diri di bawah telah ditugaskan untuk mengawal peperiksaan akhir kertas E5164(___ ). Bersama saya ialah dua (2) orang lagi pensyarah yang bertindak sebagai ketua pengawas (-) dan Pn.-(pengawas peperiksaan).

Setelah lebih kurang satu jam peperiksaan bermula, pengawasan saya mendapati seorang pelajar lelaki yang berkedudukan meja sebelah dinding bertingkap telah mendatangkan kecurigaan kepada saya. Antara tindakannya itu ialah
1. kertas soalan peperiksaan (muka surat akhir/paling belakang) telah dilipat kepada dua (2) bahagian dan
2. struktur badan lebih menghala kearah dinding.
Dari tindakan tersebut, saya sebagai pengawas peperiksaan, membuat kesimpulan yang berkemungkinan pelajar tersebut
1. cuba menyembunyikan sesuatu di bawah lipatan kertas soalan tersebut
2. cuba menghalang pemandangan pengawas peperiksaan secara terus kepada mejanya.
Dengan itu, pemantauan terus dilakukan terhadap pelajar tersebut.

Semasa memantau pelajar tersebut, saya mendapati pelajar tersebut telah membuka kembali lipatan kertas soalan tersebut. Apabila saya ke mejanya, saya dapat melihat bayangan objek berbentuk segi empat bersaiz lebih kecil dari kad pengenalan telah kelihatan dengan jelas. Ketika hendak mengambil objek tersebut, pelajar tersebut telah menghalang tindakan saya dengan cara;
1. menekan kertas soalan supaya saya tidak mencapai objek tersebut dan
2. kemudiannya mengambil objek tersebut lalu memasukkan kedalam poket kanan seluarnya.

Setelah meminta berulang kali, pelajar tersebut memberikan objek tersebut kepada saya. Saya dapati ia adalah kertas yang telah dijadikan seperti helaian nota yang sangat kecil , mempunyai tulisan cetakan komputer dan stapled.

Susulan itu, ketua pengawas telah dimaklumkan. Laporan peniruan telah dibuat menggunakan borang merah yang disediakan. Pelajar tersebut telah memberi kerjasama mengisi bahagian yang perlu dan menandatangani borang tersebut.

Maklumat pelajar tersebut ialah:
---------------------------------------------
----------------------------------------------

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh:

,,,,,

3 comments:

Mr.Tokey said...

kesian budak tu, kena repeat sem even dh buat rayuan.dah la ms kantoi tu, dia seat paper last for the last sem.nasib la.berani buat berani tanggung.semoga Allah memberkati hidup aku.aminn.

SyArfa said...

hihi..sem lepas nya final exam..aku tangkap sorang budak pompuan baikk punya meniru ..bawak kertas A4 berhelai2... ingat aku bodo tak tau.. taktik2 meniru neh tak yah la sorok dari aku..sbb membe2 aku sume dulu kaki meniru so taktik2 sume dlm tangan..hihi.. budak pompuan tu muka nampak cam baik..adehh..tak leh nak consider la kalau bawak toyol besar gila siap berhelai2 lagik..huhu

Mr.Tokey said...

dah tu ..bdk tu kena tindakan apa.