Tuesday 28 April 2009

kad kenduri kakak & adik aku

Mula dengan kenduri aku tahun lepas, kad kahwin aku buat sendiri. bulan jun ni plak kenduri kahwin besar2an kat rumah aku. 2 pasang terus kahwin serentak.macam karnival kahwin plak.hehe.hope semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t..

Bukan kedekut beb xnak order kt kedai.tapi aku xpuas hati la sebab mahal sangat untuk dapatkn kad2 yg lawa.so, mcm membazir.kan kita digalakkan buat apa2 pun secara wasatiah. so, aku pun amik pendekatan design sendiri dan print sendiri.


tapi yg susahnya, kat pahang ni susah tol nk cari vendor kad yg boleh cut kad tu ikut size yg kita nak.memang xjumpa.last2 aku guna jg kad "skin net" saiz A4. so, terpaksa buat secara 3 lipatan la, dah xnak rugi. rugi gak la, kena guna ink banyak.argh, lantak la, tapi masih lg jimat sgt2.

so, aku buat design sebaik yg boleh dek kekangan ....

Monday 27 April 2009

Larian Sempena Hari Politeknik ke 40 tahun.

Pagi ni aku pegi keja dengan pakai pakaian sukan. ADIDAS lagi beb dari atas sampai bawah.hehe. even ada yg xori, tapi xpelah. janji ada 3 line, even brand lain.hehe.kantoi la plak kalau staf jke yg baca.kuliah pagi ni dibatalkan sehingga 1230..arahan pengarah beb.

lepas punch kad terus ke padang ragbi kampus B. semua acara untuk sambutan ni dibuat kat sini dan berbentuk kesukanan.dah sampai, susah nk parking lg beb. so, memang parking tepi jalan jek. padahal quaters sebelah jek..

acara pagi dimulakan dengan senam erobik.wah, bes juga siap menari ala2 hindustan lagi.keke.sambil memakai topi free yg disponser oleh koop polisas, aku pun menurut segala acara dengan rela hati even panas terik. siap bersungguh2..dah berpeluh lecun dek senam erobik ala2 disko tu, dengar ucapan pengarah yg termengah2 penat tu. memang jelaslah dia semput.keke.

Lepas ucapan, barulah nak bermula acara larian. ada beberapa kategori, student (L&P), staff (L&P). atlast aku dapat la juga hadiah saguhati, dapat no.5 beb.hehe.ok la tu.penat woo.lari pusing polisas. korang ingat kecik ke polisas ni.kalah uthm tu..dapat la hamper kecil.

lepas letih, lebih kurang pukul 11 am, aku pn balik quaters.apalagi bro, TIDOQ la. letih2.bangun je dah pukul 2.lunch la apa yg dimasak oleh wife.kalut2 gak, lab instrumentasi pukul 3..

xsangka plak, aku je yg lupa isi form utk request subjek yang nak diajar sem depan.so, dah request..e1003,e2004,e3062,assist e4162 dan apalagi ntah, tapi kelas java la.sebab aku nk belajar

so, esok aku kena betugas hari konvokesyen polisas.pagi, sidang 1, petang raptai sidang 3.mmmuah.

MALAS

Malas !
Malas !

Malas apa? aku malas mengepost kt blog ni. kenapa pun xtahu. dulu masa awal2 buat blog ni, rajin je. hangat2 taik ayam.

Sampaikan ary dah bg award kt aku...SilentBlog..memang silent abis r.hehe. banyak sebenarnya nak aku share dengan korang.tapi sifat malas aku memang menggunung tinggi sangat. kalau boleh, nak ja aku upah orang. ada ke blogger professional?hee.
Sapa nak jd blogger aku? sekali post rm0.50.

Banyak yang aku nak share. antaranya;
1. meja & rak baru aku di opis jke
2. kursus robocon 2009
3. Masalah kereta Persona
4. ISO audit di POLISAS
5. Jadual aku
6. Futsal
7. Quaters
8. Kad kenduri sis aku
9. Lab VB & AutoCad
10. Larian Sempena Sambutan Politeknik ke 40Tahun.
11. Konvokesyen POLISAS 2009.

So, hope sub tajuk yg aku list atas tu boleh jadi guidelina utk aku buat post lepas ni.hehe.ketinggalan...

SilentBlog:: to ary, apa petua bg aku suka buat post setiap hari?