Thursday 26 February 2009

Hidup Di Kuantan





Aku pun tak sangka pula boleh stay lama di kuantan pahang. Perancangan awalnya aku ngan adik ipar nk hntr kereta persona wife aku jek. Okla, bw baju pun sket. Budjet dlm seminggu. Tapi bila seminggu, adik ipar aku plak yg blk dulu.aku plak yg stay kt sini. Ats sebab wife aku br ms kuarters. Kuarters Institusi Pendidikan Semambu (KIPS). Dapat plak berjiran dgn Noni (classmate time degree@ ito & jr wife aku @SMKAK). so bes la jg.sebab kami agak rapat ngan si Noni .Dia ni ceria sokmo, kecoh memanjang kalau blk keja...happening la ada dia ni.

Apa Beza Kedah dan
Pahang:
  1. Suasana: Di Kedah hijau mata memandang sawah. saujana mata memandang.Tenang jek hati ku. . Di Pahang pula biru mata memandang lautan.saujana mata memandang jg. tu pun kena p TC atau Pantai Chenang la. Tp dok kuantan ni aku serabut sebab pandangan mata terhad dek kerana kuantan ni ala2 bandar dalam hutan...pokok2 tggi plak tu..serabut la jg.take time la to adapt the situation.
















2. Cuaca:Cuaca kat kedah la ni tengah kemarau. Tapi kt kuantan rajin hujan.sejuk. so, ni membuatkn aku terperap ja dlm rmh, layan laptop n astro.

3. Transpot: Kat kedah aku blh naik keta, moto, gerek n maybe bus. tapi kat pahang aku kena naik keta jek.boring giler. dh tu pesona tu sedut minyak banyak plak.letih2.

4.Harga: kat kedah ofkos la aku mkn free kt rmh. tp kalau mkn kedai pun xler mahal sgt. rasanya kedah antara negeri yg jual makan murah. gemuk beb kalau dok kedah...barang2 lain pn berpatutan la.kedai pun dekat ngan rumah aku. Sini, kat pahang, masyaAllah..kedai paling dekat ..nu ha Eng Hong dekat jln nk p air putih n jaya gading. dekat 2km jg la..sangap kalau nk g beli serai 3 btg jek...ssh2. dah la tu, makan kt pahang ni, mahal. ada lec polimas ms aku LM kata, kuantan negeri paling mahal sara hidup..betul2. aku akui.

5.Masyarakat: kat kedah, aku dok kg, so bes la join ngan masyarakat. sini kat pahang dok kuarters.paham2 la, masuk rmh, dah xamik tau hal2 org sebelah...sib baik noni jiran aku. sunyi2....

6. Masa: kat kedah blh layan2 pemandangan sawah, tgk gunung jerai...damai jek.pegi rumah tok...layan cite org tua2...memang layan lah...maybe aku ni sentimental kot ngan sedara mara. so kt kedah aku rs ms aku digunakn sepenuhnya utk sosial ngan alam sekeliling.masa berfaedah.
kat Pahang?...huhu masa ku selain tlg wife, the rest ngadap laptop & tv...aduh laqa sungguh aku ni Ya Allah...sib baik jmpa web free ebook.dpt jg donlod ebook letrik especially kej.komp. I LIKE!!

Moral of The Story

LAIN PADANG, LAIN BELALANG.
LAIN KANDANG, LAIN MENATANG,
LAIN KEDAH,LAIN PAHANG!


5 comments:

Unknown said...

Lain Terengganu,lain KL, lain Kedah, lain Pahang... pendekk kata llainnnnn laahhh..hehe

Mr.Tokey said...

itu la psl..setiap tiap tu ada identiti trsediri.br hdp ni menarik kan?kalau x..mesti boring ah!

Lain manusia,Lain rambut!!
keke..

Unknown said...

yg pasti kedah x best..haha

Mr.Tokey said...

ceh..aku tau hang ada episod duka kt kedah...tp jgn benci kedah tau.nanti mai smjg, mai rmh aku.

Unknown said...

hehe...wajiblah aku akan pergi balik. Nak tengok luasnya sawah padi yang best tu...

rasa nak pergi lagi kat Pulau Bunting n Gunung Jerai tu walaupun pening berpusing-pusing naik motor...