Tuesday, 3 March 2009

Snoop Dogg rancang masuk Islam?




ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah.

Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali.

Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu.

"Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya.

Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu. - AP


Eduvilz:: Insyaallah. Semoga lebih ramai bintang dunia mendapat hidayah dari Allah. Muslim dan muslimat, peliharalah kesucian Islam.

Monday, 2 March 2009

Kucing , Kera dan Lalat

Kucing
Awal2 pagi lagi wife aku dah bw msk kucing.ntah dari mana dia amik.tp aku rasa mcm dengar ja bunyi kucing semalam kat luar rumah ms tgk Carling Cup Final ManU vs Spurs. Kucing ni dlm kategori kanak2 lg la. Hyperactive, cargas dan jinak. Rasanya memang pet orang lain ni. maybe terlepas. even jam dah pukul 730am, wife aku yg suka sgt dgn kucing terus bg sediakn breakfst kt kucing ni, nasi sejuk gaul ikan kering dan susu Dutchlady even husband sendiri pun belum breakfst. Melahap kucing nih. memang sah kelaparan.


Lepas makan, kucing ni pusing2 dalam rumah aku. usha2 rumah baru la kononnya. sorry dude, ko xkan jd member rumah ni buat masa ni. mana ada tempat ko nk melepas.

Balik dari JTM, aku lepak
jap sambil baca paper. dalam 830am, nak buat la breakfst. p la aku ni ke dapur. Ya Allah.terkedu , terkejut dan kalut aku bila tgk dapur penuh asap. dah berkabus dah. cepat2 padam ap dapur. rupanya wife aku rebus ikan utk kucing tu sebelum pegi kerja.tak pesan kat aku pn. adus!!!!. ni lah akibatnya.LALAI!!! kalau terbakar satu blok quaters ni. habis!!
Tengok la akibatnya:
  1. air kering
  2. ikan hangus
  3. periuk dah berlubang.
Fenin2!! aku saja jek simpan keadaan periuk dan ikan tu nk bagi pesalah mengetahui akibat perbuatannya.hmm...


Kera
Dah settle breakfst..ingat aman la sket duniaku ini. dalam 9am lebih tetiba jek bunyi kecoh kat dapur. ciss apa kehal plak ni. kalut aku p dapur. MasyaAllah terkejut aku.2 ekor kera tengah geledah dapur. maybe terkejut kat aku, kera2 tu pn blah. besala, dah buat salah, mesti la blah.trouble2!! abis berselerak sampah2. apa lagi cuci lah aku ni. Menyusahkan masyarakat ja.


Lalat
Hairan betul, lepas kes kera2 tu ceroboh, makin banyak plak lalat kat rumah aku ni. dalam hati dh pikir bukan2.huhu.astagfirullah. minta simpang la. simpang xdak traffic light pun xpa. dah puas aku mop lantai, siap spray dettol lagi. makin banyak lagi adala.adus.tak boleh jadi.siasat punya siasat, rupanya kera2 tadi dah koyak plastik sampah jiran aku yg letak depan pintu rumah dia.penuh lalat hurung lantai. adus. prob lagi. biar lah, malas aku nk settle. salah orang lain.

tak sampai sejam, aku buka pintu, jiran tersebut sibuk membasuh. aku sengaja tunjukkn muka, bagi jiran yg tengah rajin tu malu. lepas ni xlah buat kerja separuh jalan.xnak buang sampah terus ke tong besar.

macam2 la hari.but fun.

Moral of The Story
  1. Kes kucing (api):: pastikan api dapur dipadam & alat elektrik dimatikan.
  2. kes kera :: tutup pintu dapur & jangan letak sampah luar beranda.
  3. kes lalat :: pastikan lantai kering n wangi.


Sunday, 1 March 2009

ISLAM & Solat


ISLAM:
I= Isyak
S= Subuh
L= Luhur(Zuhur/Luhur dalam loghat utara)
A= Asar
M= Maghrib

Jika anda tinggal mana2 solat dalam sehari, maka tidak lengkaplah ISLAM anda pada hari tersebut.

_______________________________________________________________________________________

Wah, sgt memberi kesan pada diriku ini. terbaca pada whiteboard dlm masjid POLISAS ketika solat Jumaat.Ringkas, tapi amat bermakna.

The Moral Of The Story:
  1. Muhasabah diri !
  2. Pertingkat kualiti solat

Thursday, 26 February 2009

Hikmah Persona Vs Perdana.

Rupa2nya keta perdana tu memang ada kesan akibat perlanggaran pagi tadi.cuma aku jek xperasan masa usha pagi td. ms tengah hr nk amik wife blk lunch jek aku br nmpk..besar tapak tangan aku cat merah pesona melekat kat perdana tu..hallammakkkk!!

Dalam otak aku, dh pikir melayang le duit aku.dah kira dah duit dlm wallet. siap lipat khas kalau kena byr jg. takpa lah nak buat cmna.salah aku jg. 2 3 kali jg la aku cr tuan keta tu..petang sket dlm 515pm br jmpa tuan keta.

Apalagi, aku dgn penuh rendah dirinya mengaku salah.borak2, dia kata sket je ni bro..boleh kasi polish ni.hilang le kesan cat kete ko...rupanya mamat ni kawan si Ad (Azhar master Edu)...coursemate dia ms kt Utem. layan jek smbg ngan mamat ni.Lec Jabt.Meki. Tetiba jek sorg kwn dia bhenti ajak main futsal...aku pn dipelawa skali
Apa lg...nk le..dah brapa bulan xmain futsal...11bulan kot. Main kt IM?..mana le aku tau IM tu apa...rupanya Indera Mahkota..area UIA.

Puas jg main..best2 even lect2 meki ni main mcm xknl membe..tau sepak je..kena muka membe pn lantak la..zalim2. Pancit beb, lama xmain..

Moral Of The Story
Mengaku ja salah..be gentleman. Org pun respek!!! Kdg2 xkena hukum pun.

Hidup Di Kuantan





Aku pun tak sangka pula boleh stay lama di kuantan pahang. Perancangan awalnya aku ngan adik ipar nk hntr kereta persona wife aku jek. Okla, bw baju pun sket. Budjet dlm seminggu. Tapi bila seminggu, adik ipar aku plak yg blk dulu.aku plak yg stay kt sini. Ats sebab wife aku br ms kuarters. Kuarters Institusi Pendidikan Semambu (KIPS). Dapat plak berjiran dgn Noni (classmate time degree@ ito & jr wife aku @SMKAK). so bes la jg.sebab kami agak rapat ngan si Noni .Dia ni ceria sokmo, kecoh memanjang kalau blk keja...happening la ada dia ni.

Apa Beza Kedah dan
Pahang:
  1. Suasana: Di Kedah hijau mata memandang sawah. saujana mata memandang.Tenang jek hati ku. . Di Pahang pula biru mata memandang lautan.saujana mata memandang jg. tu pun kena p TC atau Pantai Chenang la. Tp dok kuantan ni aku serabut sebab pandangan mata terhad dek kerana kuantan ni ala2 bandar dalam hutan...pokok2 tggi plak tu..serabut la jg.take time la to adapt the situation.
















2. Cuaca:Cuaca kat kedah la ni tengah kemarau. Tapi kt kuantan rajin hujan.sejuk. so, ni membuatkn aku terperap ja dlm rmh, layan laptop n astro.

3. Transpot: Kat kedah aku blh naik keta, moto, gerek n maybe bus. tapi kat pahang aku kena naik keta jek.boring giler. dh tu pesona tu sedut minyak banyak plak.letih2.

4.Harga: kat kedah ofkos la aku mkn free kt rmh. tp kalau mkn kedai pun xler mahal sgt. rasanya kedah antara negeri yg jual makan murah. gemuk beb kalau dok kedah...barang2 lain pn berpatutan la.kedai pun dekat ngan rumah aku. Sini, kat pahang, masyaAllah..kedai paling dekat ..nu ha Eng Hong dekat jln nk p air putih n jaya gading. dekat 2km jg la..sangap kalau nk g beli serai 3 btg jek...ssh2. dah la tu, makan kt pahang ni, mahal. ada lec polimas ms aku LM kata, kuantan negeri paling mahal sara hidup..betul2. aku akui.

5.Masyarakat: kat kedah, aku dok kg, so bes la join ngan masyarakat. sini kat pahang dok kuarters.paham2 la, masuk rmh, dah xamik tau hal2 org sebelah...sib baik noni jiran aku. sunyi2....

6. Masa: kat kedah blh layan2 pemandangan sawah, tgk gunung jerai...damai jek.pegi rumah tok...layan cite org tua2...memang layan lah...maybe aku ni sentimental kot ngan sedara mara. so kt kedah aku rs ms aku digunakn sepenuhnya utk sosial ngan alam sekeliling.masa berfaedah.
kat Pahang?...huhu masa ku selain tlg wife, the rest ngadap laptop & tv...aduh laqa sungguh aku ni Ya Allah...sib baik jmpa web free ebook.dpt jg donlod ebook letrik especially kej.komp. I LIKE!!

Moral of The Story

LAIN PADANG, LAIN BELALANG.
LAIN KANDANG, LAIN MENATANG,
LAIN KEDAH,LAIN PAHANG!


Persona VS Perdana

Assalamualaikum n Gud Monin Dude;

Pagi ku bermula spt biasa even aku sedikit pelek tgk wife aku tgh breakfes spageti kat balkoni. dah la tu, dia dok layan tgk kera2 yg bergayut kt pokok2 belakang kuarters. standard le kera2 ni bikin kecoh pepagi2..mcm zoo dah area kolam belakang KIPS ni.

So bila semua siap, aku spt biasa panaskn le enjin persona utk hntr bini aku ke JTM, tgh2 syok revers, tetiba bunyik mcm xbes plak kt blkg kete."krukkkk..."padahal aku dh prasan bunyi sensor.aduh.sekali tgk left side mirror, hallamakkkkkkkkkk!!! badan pesona dah mengawan ngan perdana kt garage blkg.adusss.wife aku dah cuak..lantak le.trs aku belah.

sampai JTM, br aku trn tgk blkg kete.wife aku ckp aku dah kikis cat perdana tu.adus.aku tgk ada sedikit calar 2 3 line sepanjang sejengkal kt bumper bawah belah kiri.lega sket.ingat ke dah kemek dah.

blk kuarters, baru aku g usha perdana tu.aik?? xde sebarang calar atau kesan degil.syukur.bertambah lega.cuma persona jek yg bertambah seni ukiran terutamanya kt part bumper.huhu...sedih tgk persona tu.

Moral of The Story
  1. Make sure blkg kete clear n ada jarak sesuai utk revers
  2. Jgn lupa doa naik kenderaan even nk pegi xsmpai 800m.kalau kalut sgt baca bismillah pn xpa.
  3. wajib guna semua mirror.
  4. Revers pelan2.
  5. Alert to sensor sound.
  6. Aku kene g amik lesen lain ke?huu.xnak la.
p/s: pics xleh snap lg, nanti kantoi dgn tuan perdana.

Gila BloG!


Aku baru buat blog pagi td.tetiba jek terus syok layan blog. banyak plak widget yg bes2. dah tu makin teruja bila jumpa blog kengkawan ni.apalagi, aku pun layan jek bljr wat blog dgn sebaik2nya. Apa kebenda pun aku xmasak hari ni...makan tomyam semalam jek la...huhu.kusyuk dgn blog baru ni...rasa mcm assignment plak.

Ni dah tgh malam..dah xlarat nak layan. tapi b4 layan mata tu elok lah kita layan pesanan ni yg rsnya amat penting untuk muslim:Gud Nite Dude!!

Berpesan antara kita....


SEBELUM TIDUR


Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum

melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan

empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


1.
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2
. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3
. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4.
Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan

kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah"